Thursday 17 June 2010

Ugut Saman RM5 Juta Untuk Sekat YB Lain Keluar Pembangkang

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Zulkifli Noordin berkata pakatan pembangkang kini semakin terdesak sehingga Dap mengugut untuk menyaman wakil rakyatnya yang lompat parti dengan pampasan RM5 juta seorang.

Beliau berkata, taktik terdesak itu hanya bertujuan menakut-nakutkan wakil rakyat mereka yang lain supaya tidak keluar daripada pakatan pembangkang.

Beliau berkata, perjanjian yang didakwa oleh Dap dengan wakil rakyat mereka itu tidak sah, malah beliau sendiri pernah diminta menandatangani perjanjian seumpamanya, tetapi beliau enggan.

hrmmm...semakin hari banyak wakil rakyat pakatan rakyat isytihar Bebas..so semakin hari jugak semakin jelas Pakatan Rakyat ditolak :)

Zahrain dedah Anwar bawa masuk judi ke Sabah

assalamualaikum...

AHLI Parlimen Bebas, Datuk Zahrain Mohamad Hashim, mendedahkan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab membawa masuk judi ke Sabah ketika beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri

Zahrain mempersoalkan sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menghentam kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia sedangkan beliau memainkan peranan utama membawa judi ke Sabah.

"Siapa yang memaksa Ketua Menteri Sabah (ketika itu) menerima judi dibawa masuk ke Sabah. Hari ini beliau pula mahu jadi ‘jaguh’ dalam isu judi ini,"

Tambahan pula, bekas pengarah eksekutif syarikat judi Magnum Corporation Berhad, Datuk S Nallakaruppan yang juga bekas rakan baik Anwar mendedahkan Anwar adalah penyokong kuat Magnum.

Sama-samalah kt pK mana yang benar

:)

Wednesday 16 June 2010

56 peratus biasiswa JPA kepada pelajar Bumiputera

Assalamualaikum.

Hari ini jgk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz mengumukan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengagihkan 2,850 biasiswa untuk pelajar ke luar negara pada tahun ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 56 peratus adalah untuk Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak manakala selebihnya adalah untuk bukan Bumiputera.

Alhamdulillah Kerajaan Persekutuan tetap memperjuangkan nasib Bumiputera tanpa meminggirkan kaum lain diMalaysia. Nisbah kouta ini adalah munasabah dengan nisbah Bumiputera dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.

Yayasan Darul Naim akan ditubuhkan untuk bantu semua kaum

Assalamulaikum..

Hari ini Barisan Nasional (BN) Kelantan mengumumkan akan menubuhkan Yayasan Darul Naim bagi membantu rakyat semua kaum terutama kepada anak-anak bagi meneruskan pengajian.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dengan adanya yayasan itu nanti, BN akan memastikan tidak ada lagi pelajar miskin di Kelantan akan tercicir dan mahu rakyat Kelantan bersama-sama dalam arus ekonomi negara dan bersama merasai apa yang sepatutnya diterima.

Semoga dengan penubuhan Yayasan ini dapat mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan. Inilah tanda sumbangan BN dalam memperjuangkan nasib rakyat. Tahniah dan Syabas kepada BN Kelantan kerana tidak menganak tirikan negeri Kelantan walaupun dikuasai oleh Pembangkang.

Tuesday 25 May 2010

satu permulaan...

assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

satu permulaan bg sy utk menceburi bidang ict..
semoga blog ini dapat memberi manfaat kpd mrk y berkunjung..
thx :)